Selasa, 10 Julai 2007

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Isnin, 9 Julai 2007

LAGU SEKOLAH:
Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai
Kebanggaan kami semua
Tempat mengasuh menjadi pandai
Orang yang berilmu, berjasa

Jasmani rohani dibela
Nilai diri diutamakan
Sifat mulia, akhlak sempurna
Menempuh hidup masa hadapan

Belajar kerja yang utama
Tekun tak pernah jemu
Bersukan dan berpersatuan
Kecerdasan utama

Pada ibu bapa kami semua
Berusahakan kami berusaha
Tabahkan hati semangat tinggi
Berusaha hingga kami berjaya
PENTADBIRAN SEKOLAH
GURU BESAR
Pn Hjh Rehizan bt Shamsuddin

GURU PENOLONG KANAN 1
Pn Nik Fauziah bt Nik Yusoh

GURU PENOLONG KANAN HEM
Pn Hjh Azizah bt Hj Ishak

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
En Nordin bin Salihin
PENYELIA PETANG
Pn Hjh Faridah bt Mohamed Said

STAF - 39 Orang

STAF SOKONGAN - 3 Orang

PEKERJA SWASTA - 3 Orang

PENGAWAL KESELAMATAN - 2 Orang

ENROLMEN - 614 Orang

KELAS - 13 Buah dan 1 Pra Sekolah
PENCAPAIAN UPSR

TAHUN 2000

5A - 4 orang

68.09% lulus

TAHUN 2001

5A - 5 orang

56.45% lulus

TAHUN 2002

5A - 3 orang

62.65% lulus

TAHUN 2003

5A - 9 orang

63.30% lulus

TAHUN 2004

5A - 10 orang

64.40% lulus

TAHUN 2005

5A - 4 orang

70.20% lulus

TAHUN 2006

5A - 3 orang

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI

1970 an - Idea dari guru Sekolah Kg Ulu Pulai, Gelang Patah, En. Mad Noh Budin dan isteri

1972 - SK Kangkar Pulai dibina di atas desakan penduduk Kg Melayu Kangkar Pulai. Menumpang di SJK(T) Karai Nagar di sebelah petang dengan 45 orang murid. Guru Besar pertama ialah En Mad Noh Budin.

1978 - Pindah ke Sekolah Agama Kangkar Pulai ( Berek Polis Khas )

1984 - Bangunan sekolah siap dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM 90 000 yang dilengkapi dengan 6 bilik darjah, bilik guru dan tandas. Dikategorikan sebagai sekolah kecil.

1990 an - Bilangan murid telah bertambah. PIBG dan penduduk kampung menambah struktur fizikal SK Kangkar Pulai dengan makmal, kantin, perpustakaan dan bangunan pra sekolah.

1999 - Kerja pembinaan bangunan sekolah yang serba lengkap mula dibina.

2000 - Bangunan sekolah yang baru mula digunakan.